Home Seni Hidup Nora ajak penyebar fitnah tampil bersemuka

Nora ajak penyebar fitnah tampil bersemuka

Nora Ariffin

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menafikan dakwaan beliau dikatakan memaksa suami baharunya menceraikan isterinya.

Beliau menganggap tuduhan itu fitnah dan tidak pernah memaksa Dr. Rushdi Ramli berbuat demikian.

Malah Nora turut mencabar individu yang sengaja memburukkan namanya dan suami tampil bersemuka.

“Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, tolong tampil bertemu muka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu,” katanya menerusi posting Instagramnya.

Penyanyi tersohor itu turut mempertikaikan tujuan fitnah mengatakan beliau merobohkan rumah tangga suaminya sebelum ini disebarkan.

“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tuduhan yang tidak tepat dan berasas ini? Lagi pun ini adalah hal kehidupan saya,” tambahnya.

Pada minggu lalu, Nora mengumumkan dirinya sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.

Kemudian perkahwinannya itu dilanda kontroversi apabila ada netizen menuduhnya sebagai perosak rumah tangga dan menyembunyikan tarikh perkahwinan yang dipercayai berlangsung dua tahun lalu.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nora bernikah dengan kawan arwah suami