Home Ekonomi Puncak Niaga dibenar beli TRIplc

Puncak Niaga dibenar beli TRIplc

KUALA LUMPUR – Puncak Niaga Holdings Bhd. menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk membeli TRIplc dengan nilai pertimbangan tunai RM210 juta.

Puncak Niaga akan membeli saham tersebut daripada Pimpinan Ehsan Bhd. untuk meningkatkan perolehan pembinaan dan prospek pertumbuhan jangka panjang dan anak-anak syarikatnya.

TRIplc dan anak-anak syarikatnya terlibat dalam pembinaan dan pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan pengurusan projek.

Katanya, TRIplc Group perlu memenuhi keperluan pelaburan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk mempunyai keuntungan selepas cukai telah diaudit sekurang-kurangnya RM6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2017 sebelum memulakan cadangan pengambilan alih.

TRIplc juga perlu melaksanakan penyusunan semula dalaman yang melibatkan cadangan pertukaran saham dengan saham baharu biasa Pimpinan Ehsan berharga RM1 seunit bagi setiap saham TRIplc sebagai asas.

Ia turut melibatkan cadangan perpindahan status penyenaraian TRIplc di Bursa Malaysia kepada Pimpinan Ehsan.

Puncak Niaga mula meneroka peluang untuk meningkatkan pendapatan hiliran dan mengurangkan penggantungan terhadap perniagaan air dan berkaitan air serta minyak dan gas. – MalaysiaGazette