WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan untuk memboikot diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China.
White House berkata, tiada delegasi rasmi akan dihantar ke temasya sukan itu kerana kebimbangan mengenai rekod hak asasi manusia China.
Tetapi ia berkata, atlet AS boleh hadir dan akan mendapat sokongan penuh kerajaan.
China sebelum ini berkata, ia akan mengambil “tindak balas tegas” sekiranya berlaku boikot.
Pada bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata, beliau sedang mempertimbangkan pemboikotan diplomatik terhadap acara itu.
Setiausaha akhbar White House, Jen Psaki mengesahkan boikot itu pada hari Isnin, mengatakan pentadbiran Kerajaan AS tidak akan menyumbang kepada “kemeriahan” Sukan Olimpik.
“Perwakilan diplomatik atau rasmi AS akan menganggap permainan ini sebagai perniagaan seperti biasa dalam menghadapi pencabulan hak asasi manusia dan kekejaman besar China di Xinjiang.
”Kami tidak boleh berbuat demikian,” katanya.
Boikot diplomatik pentadbiran Biden terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 adalah jauh daripada boikot AS sebelumnya pada 1980, apabila ia menarik atletnya keluar dari Sukan Olimpik Moscow apabila membantah pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan pada tahun sebelumnya.
Kesatuan Soviet dan sekutunya, seterusnya, memboikot Sukan Olimpik Musim Panas 1984 yang diadakan di Los Angeles. – BBC