KUALA LUMPUR – Kadar kes harian jangkitan Covid-19 mencatatkan pertambahan, namun bilangannya di bawah paras 5,000 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,965 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini, peningkatan 703 kes daripada 4,262 kes yang direkodkan semalam.
Berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 meningkat kepada 2,667,999 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my – MalaysiaGazette