KUALA LUMPUR – Puspakom menutup sementara operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan cawangan Raub, Pahang mulai hari ini bagi melakukan proses disinfeksi dan sanitasi bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari.
Pelanggan juga diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya.
Sebagai alternatif bagi pelanggan yang terjejas akibat penutupan, boleh hadir ke cawangan berdekatan secara walk-in dengan membawa slip temujanji Puspakom
temujanji.
Puspakom Raub dijangka beroperasi semula pada 15 Disember 2021. – MalaysiaGazette