Wednesday, November 27, 2024
Home Nasional Kerajaan pandang serius dakwaan Sabah bakal ditawan RSA

Kerajaan pandang serius dakwaan Sabah bakal ditawan RSA

Ikmal Hisham Abdul Aziz
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan memandang serius laporan berita yang mendakwa seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (RSA) dilaporkan bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana dakwaan itu belum terbukti kesahihannya.
“Saya pun ada terbaca tadi. Apa pun benda ini tidak lagi dapat disahihkan berita tersebut,  jadi saya tidak dapat memberi ulasan terhadap apa yang dibangkitkan.
“Tapi saya percaya di pihak kerajaan, sudah tentu apa sahaja maklumat, berita, akan dipadang serius terutama apa yang dibangkitkan Yang Berhormat akan dipandang secara serius,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini selepas isu tersebut dibangkitkan M Karupaiya (PH – Padang Serai).
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat pada Khamis.
South China Morning Post melaporkan RSA merancang operasi untuk menyerang Sabah selepas beberapa siri pertemuan rahsia antara 19 orang datuk bandar dari selatan Filipina.
“Seramai 19 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut.
“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak AS$10,000 telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” menurut laporan itu. – MalaysiaGazette