Home Nasional Taklimat pembinaan kolam selam tempur kepada Sultan Johor

Taklimat pembinaan kolam selam tempur kepada Sultan Johor

Nubli turut mempersembahkan cenderahati replika ukiran kayu Sniper Rifle 7.62mm AX 308 kepada Sultan Johor yang juga Kolonel Komandan GGK sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda pada 22 November lalu.- Gambar FB Sultan Johor,

JOHOR BAHRU –  Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Nubli Hashim.

Pada pertemuan itu,  Nubli mempersembahkan taklimat perkembangan semasa pembinaan kolam selam tempur 21 GGK di Kem Iskandar, Mersing.

Menurut perkongsian Sultan Ibrahim di laman Facebook rasminya,  pembinaan kolam selam tempur itu antara lain berupaya meningkatkan lagi kecekapan pasukan khas dalam melaksanakan misi dan operasi di perairan.

Difahamkan, pembinaan itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti stor peralatan skuba, stor pakaian penyelam, ruangan pejabat dan bilik perubatan.

Selain itu, Nubli turut mempersembahkan cenderahati replika ukiran kayu Sniper Rifle 7.62mm AX 308 kepada baginda  yang juga Kolonel Komandan GGK sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda Tuanku Sultan pada 22 November lalu. – MalaysiaGazette