SAN JOSE – Nicaragua mengumumkan telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan demi China.
“Nicaragua hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan atau hubungan rasmi,” kata Kementerian Luar Nicaragua.
Malah, Nicaragua menambah, ”hanya terdapat satu China”.
Pengumuman itu disambut rasa sedih Taiwan yang menyifatkan Nicaragua tidak menghargai persahatan kedua-dua negara sejak bertahun-tahun.
Keputusan itu dipuji oleh China, yang menuntut mana-mana negara yang mahukan hubungan diplomatik dengannya mesti memutuskan hubungan sedia ada dengan Taipei.
Kenyataan itu dikeluarkan China selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat pada hari Jumaat menyeru agar negara demokrasi “memperluaskan penglibatan dengan Taiwan”.
Beijing melihat Taiwan sebagai wilayah yang memisahkan diri untuk disatukan semula dengan China suatu hari nanti.
Bagaimanapun, Taiwan melihat dirinya sebagai sebuah negara merdeka yang ditadbir secara demokrasi, walaupun ia tidak pernah secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaan dari China.
Senarai sekutu antarabangsa Taiwan telah berkurangan daripada 21 kepada 14 sejak Presiden Tsai Ing-wen memegang jawatan pada Mei 2016.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memuji keputusan Nicaragua, menyifatkannya sebagai “pilihan tepat … selaras dengan trend global” sambil menambah bahawa ia “mendapat sokongan rakyat”. – BBC