Home Utama Buli: 6 pelajar MRSM digantung serta merta juga dicadang diberhentikan

Buli: 6 pelajar MRSM digantung serta merta juga dicadang diberhentikan

Datuk Seri Mahdzir Khalid full boarding school MARA Junior Science College MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak punching bag bully bullies
Datuk Seri Mahdzir Khalid

PADANG TERAP – Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli, digantung serta merta selama dua minggu persekolahan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi itu.

“Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM telah pun memanggil 10 pelajar yang terlibat dengan insiden berkenaan.

“Dalam laporan yang disediakan, 6 pelajar terlibat memukul mangsa buli berkenaan, manakala 4 pelajar yang berada di lokasi kejadian telah didapati bersubahat dan membuat provokasi, pelajar-pelajar ini berada di tingkatan 1 hingga tingkatan 3,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, Ketua Wanita, Che Arpah Ariffin, Ketua Pemuda, Jasnizam Husni dan Ketua Puteri, Yusnaliza Ahmad.

Pihak MARA tegas Mahdzir, mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu dan tindakan

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis berdasarkan siasatan luaran.

Pihak MARA jelas beliau, mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.

“Malang bagi Maktab Rendah Sains MARA yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jatidiri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM,

“Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” katanya. – MalaysiaGazette