BEIJING – Panda gergasi tertua di dunia dilaporkan telah mati pada usia 37 tahun, menurut penjaganya.
Panda yang dinamakan Basi itu telah hidup lebih lama berbanding panda-panda lain.
Usianya itu bersamaan lebih kurang seratus tahun umur manusia.
Panda gergasi dianggap simbol oleh China dan sangat dilindungi. Ia bukan lagi spesis terancam selepas beberapa usaha melindungi haiwan itu dilakukan.
Panda itu diberikan nama Basi diberikan sempena kawasan lembah, tempat ia diselamatkan.
Ia kemudian dibesarkan di sebuah pusat kemudahan panda sejak berusia empat tahun.
“Dengan hati yang berat, kami mengumumkan pada hari ini panda gergasi Basi telah mati pada pukul 8.50 pagi pada usia 37 tahun,” kata seorang pegawai dari Pusat Pertukaran dan Penyelidikan Panda Gergasi di Fuzhou.
Pegawai itu berkata, Basi telah dijadikan ilham untuk maskot Sukan Asia pertama pada tahun 1990. – MalaysiaGazette
Comments are closed.