Home Ekonomi Airbnb bantu rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran di Christchurch

Airbnb bantu rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran di Christchurch

KUALA LUMPUR – Airbnb, peneraju dalam penyediaan penginapan global akan memberi segala bantuan yang diperlukan oleh 10 warga Malaysia yang terlibat dalam kebakaran di sebuah kediaman yang disewa di Christchurch Ahad lalu.

Kejadian itu menyebabkan 10 orang rakyat Malaysia cedera.

Dalam kenyataannya, Airbnb berkata, keselamatan para pelanggannya sentiasa diutamakan.

Kediaman yang disewa oleh 10 warga Malaysia rosak teruk selepas terbakar pada Ahad lalu. foto Agensi

“Kami sangat sedih dengan kejadian malang yang berlaku di Christchurch dan ingatan kami sentiasa pada mangsa-mangsa yang terjejas,” katanya Airbnb dalam kenyataan di sini.

Syarikat itu sudah pun menghubungi warga Malaysia.

Pada masa sama, Airbnb sedang bekerjasama dengan pihak berkuat Christchurch yang menyiasat kejadian tersebut.

Katanya, Airbnb menerima lebih 200 juta tetamu dan insiden negatif sangat jarang berlaku.

Kejadian itu berlaku semasa 10 orang mangsa itu menyewa sebuah kediaman di Clifton Terrace, di pinggir bandar Sumner, Christchurch.

Media asing melaporkan kebakaran itu menyebabkan rumah berkenaan rosak teruk dan kebanyakan barang-barang mangsa musnah.

Seorang anggota penyiasat, Mark Thomas berkata, salah seorang daripada mereka membuat kesilapan apabila cuba memadamkan kebakaran itu dengan sendiri.

Akibatnya, mangsa mengalami cedera yang teruk dan hampir terperangkap dalam rumah tersebut.

Thomas berkata, salah seorang lagi mangsa tersedut asap. – MalaysiaGazette