Home Dunia Presiden Afrika Selatan dijangkiti Covid-19

Presiden Afrika Selatan dijangkiti Covid-19

Cyril Ramaphosa. foto Reuters

JOHANNESBURG – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa disahkan positif Covid-19.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Presiden, Mondli Gungubele.

Timbalan Presiden, David Mabuza akan mengambil alih semua tanggungjawab sepanjang minggu ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas jam 10 malam.

Gungubele berkata, Ramaphosa mula tidak sihat selepas meninggalkan upacara peringatan negera bagi menghormati bekas Timbalan Presiden FW de Klerk di Cape Town awal Ahad.

Upacara itu katanya berlangsung dengan mematuhi peraturan kesihatan yang berkaitan dengan kebersihan tangan, pemakaian topeng muka dan penjarakan sosial.

“Presiden berada dalam semangat yang baik tetapi sedang dipantau oleh Perkhidmatan Kesihatan Tentera. Presiden, yang telah diberi vaksin sepenuhnya, berada dalam pengasingan diri di Cape Town dan telah menyerahkan semua tanggungjawab kepada Timbalan Presiden David Mabuza untuk minggu depan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Ramaphosa telah menjalani ujian Covid-19 di semua empat negara di Afrika Barat baru-baru ini.

“Presiden dan delegasi kembali ke Afrika Selatan dari Republik Senegal pada hari Rabu, 8 Disember, selepas mendapat keputusan ujian negatif. Presiden juga diuji negatif sekembalinya ke Johannesburg pada 8 Disember,” kata kenyataan itu.

Ia menambah, Ramaphosa percaya jangkitannya “berfungsi sebagai amaran kepada semua orang di negara itu untuk divaksinasi dan terus berwaspada terhadap pendedahan (koronavirus)”. – Agensi