Home Sukan Undian awal batal, Ronaldo dan Messi tak jadi bertembung

Undian awal batal, Ronaldo dan Messi tak jadi bertembung

Foto Kredit Harold Cunningham / UEFA HANDOUTEFE

LONDON – Proses pengundian untuk pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah yang  dilakukan awal Isnin dibatalkan Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa).

Ini bermakna pertemuan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk kali ke-38 tidak tercapai.

Keputusan undian 16 pasukan menyaksikan Paris saint Germain menentang Manchester United terbatal  dan proses undian itu akan dijalankan semula.

Pengurusan tertinggi Uefa menyiasat undian awal selepas United dinafikan bertemu Atletico Madrid sebelum diundi menentang PSG.

Uefa mendapati berlaku masalah teknikal pada proses undian itu.

Kesilapan teknikal itu mengakibatkan Villareal bertemu United yang mana kedua-dua pasukan pernah bertembung dalam saingan peringkat kumpulan.

United tidak dimasukkan dalam kumpulan Atletico Madrid yang merupakan lawan berpotensi pada pusingan 16 pasukan.

Akibat kesilapan itu, proses undian akan diadakan semula membabitkan kesemua pasukan termasuk Real Madrid yang diundi bertemu Benfica sebelum ini. – The Sun Sport.