LONDON – Manchester United diundi bertemu Atletico Madrid pada undian kali kedua pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah.
Jiran United, Manchester City akan bertemu kelab Sporting Lisbon sementara Liverpool akan menentang Inter Milan.
Juara bertahan, Chelsea diundi menentang Lille, satu-satu undian yang tidak berubah.
Tiga jam selepas proses undian pertama dibatalkan dan disahkan tidak terpakai, Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Giorgio Marchetti memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pengundian.
“Seperti sedia maklum, kita telah mengenalpasti masalah teknikal pada perisian yang sangat serius sehingga keputusan pengundian pertama sedikit terjejas.
“Setelah proses undi pertama, juruaudit bebas dari luar tidak dapat menjamin masalah tersebut sehingga kita terpaksa menjalankan semua proses undian semula kali kedua untuk membetulkan keadaannya,” katanya.
Proses undian kedua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Liverpool akan berkunjung ke Inter Milan yang dilihat lebih mencabar berbanding undian awal yang menyaksikan pasukan itu bertemu Salzburg manakal Real Madrid akan bertemu Paris Saint Germain. – Mirror.co.uk
Undian penuh Liga Juara-Juara:
Salzburg vs Bayern Munich
Sporting vs Man City
Benfica vs Ajax
Chelsea vs Lille
Atletico Madrid vs Man Utd
Villarreal vs Juventus
Inter vs Liverpool
PSG vs Real Madrid