Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya di tolak.
Untuk makluman, Mohamed Zaini juga merupakan hakim bicara kes yang sedang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu yang ketika ini dalam peringkat pembelaan berkaitan projek sistem tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak berjumlah RM1.25 bilion.