Home Nasional Pindaan RUU Akta 342 perlu lulus segera – Noor Hisham

Pindaan RUU Akta 342 perlu lulus segera – Noor Hisham

Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 pindaan 2021) perlu diluluskan segera supaya tidak menjejaskan kesinambungan dan keberkesanaan penguatkuasaan terhadap pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu perlu kerana Akta 342 adalah akta lama yang berusia 32 tahun dan tidak lagi praktikal untuk mengawal penularan pandemik.

“Peruntukan-peruntunan di bawah Ordinan Darurat didapati berkesan membantu dalam pelaksanaan kawalan pandemik Covid-19. Sidang Parlimen seterusnya adalah enam bulan daripada sekarang, sekaligus menjejaskan kesinambungan dan keberkesanan penguatkuasaan.

“Kita akan bentangkan ordinan (RUU 342) ini pada Khamis, kalau kita tunggu sesi Parlimen akan datang agak lama, kalau penularan Omicron kita akan terjejas dengan menggunakan akta ini untuk mengawal bermakna kita gunakan Akta 1988 untuk kawalan pandemik.

“Ini akan menyukarkan kita membendung pandemik Covid-19 dalam negara, sebelum Ordinan Darurat membantu kita, ini amat penting untuk kita bentangkan apa pindaan dalam akta tersebut,” katanya dalam sesi taklimat media mengenai Rang Undang-Undang Pindaan Akta 342, di sini, hari ini.

Justeru itu, Dr. Noor Hisham berkata, kini terpulang kepada Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk memastikan RUU itu diluluskan.

“Kita ada cadangkan hari Khamis akan dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan Ahli Parlimen untuk kita dapatkan pandangan dan persetujuan Ahli Parlimen.

“Dulu denda RM1,000 kepada individu dan syarikat, tapi tak dinamakan syarikat tersebut. Kita lihat individu dan kita lihat syarikat, sekarang ini isunya berapa denda kita nak ketengahkan. Cadangan ada tapi akan dibahaskan nanti.

“Kalau kita lihat tahun 1988 kompaun RM1,000 itu memadai, sekarang kalau syarikat besar keuntungan berjuta-juta denda RM1,000 sahaja,” jelas Noor Hisham.

Noor Hisham berkata, kadar kompaun maksimum RM10,000 bagi individu dan RM1 juta bagi syarikat adalah berpatutan memandangkan kadar kompaun pada 1988 itu adalah terlalu rendah.

“Peraturan lebih penting contoh kesalahan berulang, kita mungkin akan bincangkan peraturan-peraturan tersebut yang belum ada lagi.

“Hanya satu cadangan dan kita akan perhalusi dalam setiap kompaun yang dikeluarkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Denda yang tinggi belum pasti dapat elakkan penularan covid19 tetapi kebanyakan menyusahkan rakyat marhen..Nilai denda yang tinggi semesti mengikut kemampuan sesorang individu..Jangan jadi kerajaan hanya tahu menghukum tetapi pendidikan kesedaran kurang ditekankan.
    Jika naik denda pasti kerajaan ini akan dihukum oleh rakyat..Bukan masa mahu cari kesalahan tetapi pendidikan pencegahan yang perlu

  2. TS Hisham tahu nak hukum rakyat saja..Alasan yang diberi agak tidak logik..
    Barisan blok pembangkang tidak akan menzahirkan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.
    “Perkara itu mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan ‘antara dua darjat’, saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang.

    KKM jangan memikir Duit saja kerana Duit rakyat jangan dirompak dan ingin tahu ke mana pergi wang daripada denda tersebut disalurkan

Comments are closed.