Home Nasional Pejabat SK Taman Permata terbakar, tiada kemalangan jiwa

Pejabat SK Taman Permata terbakar, tiada kemalangan jiwa

Pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permata, Ampang dekat sini hangus kira-kira 20 peratus dalam kebakaran yang berlaku hari ini.

KUALA LUMPUR – Pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permata, Ampang dekat sini hangus kira-kira 20 peratus dalam kebakaran yang berlaku hari ini.

Kebakaran yang dianggarkan berlaku pukul 7.20 pagi tadi bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerusi kenyataan berkata, api dapat dikawal 21 minit kemudiannya.

Terdahulu, pejabat yang terbakar berkenaan terletak di tingkat satu SK Taman Permata.

“Pejabat berkenaan berkeluasan 20×30 kaki persegi, bangunan kelas anggaran kemusnahan adalah 20 peratus,” kata kenyataan yang sama.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat AmpangĀ  menerima panggilan laporan kebakaran berkenaan kemudian terus bergegas ke lokasi.- MalaysiaGazette