Home Nasional Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Utara

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Utara

Foto hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 17 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda dua kawasan di negeri Pantai Timur sepanjang hari ini.

Menerusi satu kenyataan, hujan sangat lebat secara berterusan peringkat merah itu dijangka berlaku di kawasan Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Sementara hujan lebat berterusan peringkat jingga pula bakal melanda seluruh negeri Kelantan serta tujuh kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Dungun selain kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Pekan di Pahang.

Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia hari ini.

“Hujan berterusan tahap waspada (kuning) juga dikeluarkan bagi seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang yang meliputi kawasan Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette