KUALA LUMPUR – Isteri penyanyi Caprice, Farra Inalis terpaksa dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat tertekan dengan kecaman netizen.
“Sesungguhnya saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Selepas berkahwin isteri saya hilang hak privasi serta kerap diserang kerana seksi.
“Mungkin stres dan tekanan persekitaran menjadikan isteri saya akhirnya, membuatkan dia terkesan sehingga mengakibatkan dia tidak sedarkan diri.
“Tolong jangan serang dia, serang saya. Saya yang berjihad, bina aplikasi untuk ummah, berjuang buat Jerusalem dan menjadi Imam masjid saya,” tulisnya.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu turut memuat naik video Inalis atau dikenali sebagai Elis terbaring di atas katil hospital sedang menerima rawatan drip air.
Sebelum ini, usahawan berusia 33 tahun itu pernah mendedahkan isterinya menangis selepas netizen mengecam kelakuan anaknya yang baharu berusia lima tahun.
Isu tidak berhijab juga antara perkara yang meraih teguran ramai sehingga Caprice memaklumkan alasan jarang memuat naik gambar wanita itu dalam laman sosial susulan kritikan netizen mempersoalkan aurat isterinya yang sering berpenampilan seksi.
Penyanyi Baby Sayang itu mendirikan rumah tangga dengan Elis yang juga ibu tunggal anak satu pada 15 November lalu. –