ZURICH – Ranking dunia terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Jerman kembali merampas takhta daripada Brazil.
Kemenangan pasukan Jerman 2-1 ke atas Czech Republik pada aksi Kelayakan Piala Dunia melayakkan mereka menduduki kedudukan teratas dunia.
Brazil pula jatuh di tempat kedua selepas hanya mencatat seri ke atas Colombia pada aksi yang sama.
Juara Euro 2016, Portugal mara ke tempat ketiga daripada kedudukan keenam.
Pasukan Argentina yang terpaksa bekerja keras dalam saingan kelayakan ini selepas hanya mencatat seri dalam dua perlawanan (Uruguay dan Venezuela) berada di kedudukan keempat.
Ia diikuti Belgium, Poland, Switzerland, Perancis, Chile dan tempat kesepuluh diduduki Colombia. – MalaysiaGazette