KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, sebagai parti yang mengutamakan agenda rakyat, UMNO akan terus menjadi wadah anak bangsa yang memayungi kesejahteraan negara, serta kejayaan negara berdaulat ini.
”Bersama kita membulat tekad, agar parti keramat UMNO sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan rakyat, agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette