Home Utama Empat sungai utama di ibu negara lepasi paras bahaya

Empat sungai utama di ibu negara lepasi paras bahaya

Keadaan paras air di Sungai Klang yang meningkat berikutan hujan berterusan sejak semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2021.
KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan warga kota supaya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan berlakunya banjir.
Ini berikutan empat sungai utama di ibu negara telah melepasi paras bahaya iaitu Sg Batu di Sentul, Sg Klang di Tun Perak, Sg Gombak di Jalan Tun Razak dan Sg Kerayong di Razak Mansion.
“Bersedia dengan segala kemungkinan banjir,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.
Menurut Tuan Ibrahim, sebarang aduan banjir, sila hubungi Bilik Gerakan Banjir JPSKL di talian – 0322028142 atau aduan melalui SISPAA JPS https://water.spab.gov.my/eApps/system/index.do.… – MalaysiaGazette