Home Nasional Aset penyelamat sudah dikerah ke Taman Sri Muda

Aset penyelamat sudah dikerah ke Taman Sri Muda

Residents of Taman Sri Muda, Shah Alam, especially from Section 23, 24 and 25 are still stranded in that area since the big flood hit the Klang Valley two days ago (18 Dec
Residents of Taman Sri Muda, Shah Alam, especially from Section 23, 24 and 25 are still stranded in that area since the big flood hit the Klang Valley two days ago (18 Dec). Banjir di Taman Sri Muda Shah Alam masih belum surut.

SHAH ALAM – Masih ramai lagi penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam khasnya di Sesyen 25, 24 dan 23 masih lagi terperangkap sejak Sabtu selepas banjir melanda kediaman masing-masing.

Malah keadaan cuaca tidak menentu serta paras air sehingga bumbung membantutkan lagi usaha-usaha menyelamat itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang hadir sendiri melihat keadaan turut bersama-sama menaiki bot selama lebih 3 jam meninjau situasi yang turut diakui olehnya amat kritikal.

Amiruddin memberitahu, antara lokasi sasaran keadaan kritikal termasuklah di Sesyen 23, 24 dan 25 Taman Seri Muda selain Nanding di Hulu Selangor.

Anngota bomba mengawal penduduk yang dibawa keluar dari kediaman masing-masing di Taman Sri Muda.

Kata beliau kepada MalaysiaGazette, antara yang menjadi keutamaan bagi pasukan penyelamat ialah menyelamatkan kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang ketika ini sedang terperangkap di kediaman serta pusat sementara seperti sekolah dan pangsapuri.

“Di kawasan sekolah adalah sasaran kerana Ramai orang tua dan kanak-kanak sedang berlindung, banyak rumah-rumah di tepi sudah kosong tapi ada lagi tempat di dalam memerlukan bantuan.

“Ini adalah kawasan ‘target’ kita pada sama ini kerana tinggal kawasan di Sesyen 23, 24 dan 25 sahaja. Yang lain-lain ok. Juga sedikit penduduk di Nanding, Hulu Langat.

“Sasaran kita malam ini sehingga esok kita keluarkan mereka semua. Saya sudah kerah semua pihak untuk turun ke sini malam ini juga kerana saya tengok ada dua hari lagi air boleh bertahan.

“Segala aset yang sesuai seperti bot dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir. Saya difahamkan jumlah anggota tentera ditambah untuk membantu usaha ini.

“Tambahan bot dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Selangor sedang digerakkan bagi membantu usaha menyelamatkan mangsa banjir di Sri Muda di sini,” katanya.

Amirudin Shari melawat kawasan banjir di Taman Sri Muda.

Tinjauan MalaysiaGazette sehingga jam 1.30 tengah malam tadi menunjukkan kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan walaupun teerdapat kekakangan ketiadaan kemudahan bot yang banyak dan hari sudah gelap.

Rata-rata penduduk masih lagi terperangkap di tingkat atas kediaman, bangunan malah ada yang terputus hubungan dengan dunia luar, ramai yang juga menjerit dari atas bumbung rumah memohon simpati bekalan makanan asas dan juga minuman.

Sukarelawan membantu menolak bot yang membawa seorang wanita di Taman Sri Muda.

Ada juga menjerit memohon supaya ibu bapa berusia dan anak-anak kecil dibawa keluar, kebanyakan mereka sudah berada dalam keadaan ini sejak 3 petang Sabtu lepas tanpa makanan, kesejukan serta terputus bekalan elektrik.

Amirudin juga berjanji kesemua penduduk akan dapat di selamatkan dan di pindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) sekurang-kurangnya esok (Isnin). – MalaysiaGazette