KUALA LUMPUR Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyediakan Bantuan Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.
Di bawah inisiatif tersebut, pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan Bank Islam boleh memohon bantuan kewangan untuk tempoh sehingga enam bulan terhadap komitmen bulanan mereka, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi penggantian kad ATM dan debit serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, permohonan Bantuan Prihatin Banjir boleh dibuat di cawangannya,
Bank Islam turut menasihati pelanggan yang memerlukan bantuan agar berbincang dengan pihak bank untuk membuat pilihan bantuan pembiayaan yang mereka perlukan. – MalaysiaGazette