Home Ekonomi Pelabur asing jual RM348.36 juta ekuiti minggu lalu

Pelabur asing jual RM348.36 juta ekuiti minggu lalu

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ekuiti Malaysia menyaksikan aliran keluar bersih minggu keempat berturut-turut tetapi pada kadar yang lebih perlahan minggu lepas.

Berdasarkan data Bursa Malaysia, pelabur asing menjual bersih RM348.36 juta ekuiti tempatan minggu lepas berbanding RM383.76 juta bersih pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, ketika pasaran dibuka semula Isnin lepas, pelabur institusi dan runcit masing-masing adalah pembeli bersih berjumlah RM9.02 juta dan RM44.19 juta.

Sementara itu, pelabur asing adalah penjual bersih pada harga RM53.21 juta.

Menurutnya, pelabur asing adalah penjual bersih untuk setiap hari dalam seminggu.

Firma penyelidikan ini berkata, aliran keluar asing terbesar dicatatkan pada hari Selasa iaitu RM153.28 juta

Pelabur runcit adalah pembeli bersih setiap hari untuk minggu lalu.

Belian bersih terbesar oleh peruncit direkodkan pada hari Isnin (RM44.19 juta). Bagi minggu ini, bersih peruncit membeli ekuiti bernilai RM126.45 juta di Bursa Malaysia.

Sementara itu, pelabur institusi merekodkan belian bersih mingguan terkumpul sebanyak RM221.92 juta dan adalah pembeli bersih untuk semua hari dalam seminggu.

Belian bersih terbesar pada hari Selasa berjumlah RM115.82 juta.

Sejak awal tahun 2021, secara kumulatif, pelabur runcit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti kami dengan nilai RM12.44 bilion.

Pelabur institusi dan pelabur asing adalah penjual bersih masing-masing sebanyak RM9.31 bilion dan RM3.13 bilion.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan pergerakan mingguan masing-masing sebanyak 4.93%, 0.59% dan 15.11% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette