Home Nasional MyLESEN Goods Driving License 2.0 buka pendaftaran

MyLESEN Goods Driving License 2.0 buka pendaftaran

Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memulakan pendaftaran program MyLESEN Goods Driving License 2.0 (GDL 2.0), kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Program MyLESEN GDL 2.0 ini bertujuan untuk membantu syarikat logistik dan pengangkutan dalam menyelesaikan masalah kekurangan pemandu kenderaan barangan dan ia dijangka dapat membuka 700 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mana ramai terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

Inisiatif ini dilancarkan selaras dengan Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Disember 2021 kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, yang mempunyai Competent Driving License (CDL) kelas D atau E.

Pemohon hendaklah tidak disenaraihitamkan oleh mahkamah, JPJ atau Polis Diraja Malaysia.

Di bawah program MyLESEN GDL 2.0 ini, warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan berpeluang menjalani kursus pemanduan kenderaan perdagangan bagi memiliki lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi dengan sebahagian kos disubsidikan oleh kerajaan.

Peserta juga akan menerima elaun sekali bayar sebanyak RM500.

Pendaftaran program ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan, manakala kursus pemanduan akan dilaksanakan di Institut Memandu (IM) yang memenuhi kriteria kelayakan dan terpilih di seluruh negara.

Program MyLESEN GDL 2.0 ini adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia, di samping memperkasakankan industri logistik dan tenaga kerjanya.

Pendaftaran peserta dan syarikat yang berminat boleh dilakukan di pautan berikut:
Syarikat : https://forms.gle/S6ryiJcaXaiFsJLz7
Calon Pemandu : https://forms.gle/hTvePaM6bTesTxdE8
Sebarang persoalan boleh dikemukakan ke email: [email protected] – MalaysiaGazette