Home Dunia Korban taufan Rai melonjak kepada 208 orang

Korban taufan Rai melonjak kepada 208 orang

Ribut Rai telah menyebabkan pokok-pokok tumbang di Surigao del Norte, Filipina. foto Reuters

MANILA – Angka kematian akibat taufan super Rai yang melanda Filipina meningkat kepada 208 orang manakala 52 orang masih hilang.

Taufan Rai memusnahkan wilayah selatan dan tengah negara ini menyebabkan komunikasi di banyak kawasan terputus, selain banyak tiang elektrik tumbang.

Rai adalah ribut terkuat yang melanda kepulauan ini.

Lebih 300,000 orang telah meninggalkan kediaman dan pusat peranginan di tepi pantai.

Rai adalah taufan hebat ketika ia melanda pulau pelancongan popular Siargao pada Khamis, membawa angin berkelajuan maksimum 195 kilometer sejam (120 batu sejam).

Kelajuan anginnya berkurangan kepada 150 kilometer sejam apabila ia merentasi kepulauan ini namun telah merosakkan bumbung rumah, mengakibatkan pokok tercabut dan menyebabkan sampah-sarap berterbangan di atas jalan raya. – MalaysiaGazette