KUALA LUMPUR – Seorang warga kota yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat banjir menggunakan media sosial untuk mengucapkan terima kasih kepada dua insan tidak dikenali kerana menghulurkan air kotak dan biskut ketika dia sedang kelaparan.
China Press melaporkan, Kean Chin terperangkap dalam kesesakan dan sangat lapar, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa selain sabar menunggu.
Walaupun agak geram pada mulanya, namun kemunculan dua orang Melayu yang tidak dikenali telah mengajar Kean Chin tentang keindahan Malaysia di sebalik banjir yang melanda.
Katanya, dua orang itu mengagihkan makanan kering dan kemurahan hati mereka mengharukan mangsa-mangsa banjir.
“Malaysia sebenarnya merupakan sebuah negara yang indah, mari kita mengasihinya dan melindunginya,” katanya. – MalaysiaGazette