KUCHING- “Saya akan dedikasikan persembahan serta hati saya pada Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) nanti kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem” demikian kata penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah.
‘Lelaki Teragung’ dendangan Dayang Nurfaizah antara 12 lagu yang layak ke pertandingan AJL31 yang bakal berlangsung pada 22 Januari di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
Dayang Nurfaizah berkata beliau menyedari harapan tinggi rakyat bumi Kenyalang agar dendangan lagu itu nanti turut dibuat secara ‘tribute’ kepada Adenan, katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata sukar untuk mengubah konsep persembahan memandangkan semua perancangan sudah dibuat sejak sebulan lalu.-MalaysiaGazette