Home Dunia Jualan kentang goreng McDonald’s bersaiz besar dihenti sementara

Jualan kentang goreng McDonald’s bersaiz besar dihenti sementara

Gambar hiasan

TOKYO – McDonald’s Holdings Jepun menangguhkan penjualan kentang goreng bersaiz sederhana dan besar selama seminggu bermula pada Jumaat ini berikutan gangguan rantaian bekalan.

Syarikat itu mengalami kelewatan dalam penghantaran kentang kerana isu rantaian bekalan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 serta gangguan penghantaran di Kanada.

Kentang yang digunakan diimport dari Amerika Utara, katanya.

Syarikat makanan segera popular itu berkata, hanya kentang goreng bersaiz kecil akan terus dijual. – Reuters