Home Nasional 57 lagi kematian Covid-19 semalam

57 lagi kematian Covid-19 semalam

Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 57 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan, semalam menjadikan jumlah keseluruhan bertambah kepada 31,192.

Daripada jumlah itu, lima kematian berlaku di luar hospital (BID).

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, Selangor dan Pulau Pinang merekodkan kes kematian tertinggi dengan sembilan kes, diikuti Perak tujuh kes serta Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing enam kes.

Manakala Negeri Sembilan (5), Kedah dan Kelantan (4) Johor, Pahang dan Sabah (2) serta Perlis (1).

Putrajaya, Melaka, Sarawak dan Labuan tiada kes kematian dilaporkan.

Sebanyak 51,023 kes aktif dilaporkan sehingga lewat malam tadi.

Seramai 3,728 orang masih menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu 353 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 189 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini sebanyak 2,724,684. – MalaysiaGazette