JOHOR BAHRU – Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian yang meninggal malam tadi tiba di kediamannya di Kampung Dato On Larkin di sini kira-kira 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham yang diibawa dari kediaman anaknya di Damansara itu disembahyangkan di Masjid Al-Raudhah, Dato On Larkin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Mount Austin.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohhamd kelihatant tiba di kediaman Allahyarham n kira-kira pukul 1.22 petang.
Antara rakan-rakan Allahyarham yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Jimmy Pua, Jimmy Puah Wee Tse dan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Johor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Sementara itu rakan karibya, Amir Hakim Abd Majid menyifatkan Osman seorang yang suka menderma dan baik hati.
“Orang cakap dia garang tetapi hati dia baik. Dia ada hati yang mulia. Sifat garang itu kadang -kadang dia sengaja buat-buat.
“Dia pemurah orangnya suka membantu. Saya rapat dengan dia, dia siap cakap ‘aku sahaja buat garang,biar orang takut’ itulah beliau,” katanya ketika ditemui di sini. – MalaysiaGazette