Home Nasional Pegawai daerah, agensi perlu pastikan persiapan rapi dibuat hadapi banjir – TMJ

Pegawai daerah, agensi perlu pastikan persiapan rapi dibuat hadapi banjir – TMJ

JOHOR BAHRU – Pegawai-pegawai daerah dan agensi-agensi di Johor diminta memastikan semua jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat bagi menghadapi banjir di negeri itu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, mereka juga perlu bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.

“Semua agensi kerajaan hendaklah sentiasa memantau situasi terkini sepanjang masa untuk memastikan Johor bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

“Agensi-agensi berkenaan juga mesti memaklumkan kepada rakyat maklumat masa nyata dengan cepat jika apa-apa berlaku,” titah Tunku Ismail. – MalaysiaGazette