KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,118 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh berjumlah 2,647,587 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 331 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 263 telah disahkan Covid-19 manakala 68 kes disyaki kemungkinan dan masih dalam siasatan.
“Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 187 kes dengan 122 telah disahkan Covid-19 manakala 68 kes disyaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kata Noor Hisham, daripada 3,519 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 65 kes adalah dalam kategori 3,4 dan 5 manakala 3,454 pula terdiri kategori 1 dan 2.
Tambah beliau, kes import yang dilaporkan adalah sebanyak 100 kes manakala kes tempatan ialah 3,419 kes.
Jumlah kluster yang dilaporkan pada hari ini ialah 6,088 kluster dengan dua daripadanya adalah kluster baharu, kluster tamat pula sebanyak 5,854 dan jumlah kluster aktif sebanyak 234 kes. -MalaysiaGazette