Home Nasional Warning for December Prof. Shahrul Shauqi tidak tepat

Warning for December Prof. Shahrul Shauqi tidak tepat

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengklasifikasikan maklumat berkenaan “Warning for December 26, 27, 28, 29 by Prof. Shahrul Shauqi” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp sebagai tidak sah.

Ia juga mengesan maklumat kurang tepat telah digunakan dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

“Met Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkenaan ramalan dan amaran cuaca serta maklumat gempa bumi dan amaran tsunami hanya melalui laman web dan laman media sosial rasmi Met Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

Met Malaysia menyarankan agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih. – MalaysiaGazette