Selama enam hari rumah ditenggelami banjir, air mata jantan Mohd Raha Faizal Mohd Rashid, 42, tumpah juga melihat keadaan kediamannya di Taman Sri Muda, Zon C.
Katanya, air banjir telah merosakkan hampir semua barang di rumahnya, termasuk dua buah kereta dan tiga buah motosikal yang rosak seratus peratus.