KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai berhati-hati dengan risiko penyakit Meliodosis semasa banjir.
Dalam hantaran media sosialnya, KKM menyatakan Meliodosis adalah jangkitan disebabkan oleh bakteria dan boleh didapati dalam debu tanah dan masuk ke dalam salur pernafasan melalui hidung.
Menurutnya, Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.
Pesakit diabetes mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan serius.
Bakteria berkenaan boleh didapati di tanah dan air yang tercemar terutama selepas hujan dan banjir.
Cara jangkitannya melalui kontak langsung dengan tanah dan air tercemar, menyedut debu atau titisan air tercemar.
Selain itu, elak luka terbuka daripada kontak dengan tanah dan air tercemar selain memakai but dan pelitup muka semasa melakukan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa banjir.- MalaysiaGazette