Home Nasional Kaunselor ditempatkan di PPS bantu emosi mangsa banjir – Rina

Kaunselor ditempatkan di PPS bantu emosi mangsa banjir – Rina

Rina meninjau keadaan di PPS Wisma Belia serta Depoh Simpanan Keperluan Bencana di Kompleks Penyayang Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan di sini hari ini.

KUANTAN – Kaunselor bertauliah ditempatkan di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan daripada sudut emosi.

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata,  ada dalam mangsa banjir memerlukan sokongan emosi kerana masih trauma akibat banjir yang melanda.

Ada juga yang takut mendengar bunyi guruh dan terkesan selepas mengalami kemusnahan harta benda.

“JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) menetapkan kaunselor bagi membantu mangsa bagi di PPS menangani stress di kalangan mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau keadaan di PPS Wisma Belia serta Depoh Simpanan Keperluan Bencana di Kompleks Penyayang Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan di sini hari ini.

Selain menurut Rina, pertambahan hampir 100 PPS yang baharu di seluruh Pahang akan dibuat berdasarkan keperluan semasa.

Keperluan itu berdasarkan lokasi PPS sedia ada telah sampai kapasiti yang penuh.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 5,809 dibuka dan ditambah kepada 5,731 buah PPS.

“Tiada isu PPS yang bersesak kerana kebiasaan mereka ditempatkan di PPS lain dahulu sementara penyediaan PPS yang baru dibuka apabila melebihi kapasiti.

“Tiada isu mereka yang datang ke PPS tiada bantuan, kalau ada bantuan kita agihkan bersama. Kita faham ada yang tidak tinggal di PPS dan menumpang di tempat lain tetapi tetap memerlukan bantuan,” katanya.- MalaysiaGazette