Home Sukan Memang salah, silap saya – Presiden PBNP

Memang salah, silap saya – Presiden PBNP

TEMERLOH, 15 Jan -- Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (tengah) dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob (empat, kiri) bersama penyokong memberikan tepukan 'Viking' diiringi nyanyian lagu semangat 'Ale-ale Tok Gajahku' tanda sokongan untuk pasukan bolasepak Pahang pada konsert khas sempena Karnival Pahang Super Fans di Stadium Temerloh, malam tadi. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

TEMERLOH – “Memang salah saya…silap saya. Segala cemuhan, kritikan dan teguran saya terima dengan hati terbuka,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Tengku Muda Pahang itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan hampir 10,000 peminat skuad Tok Gajah berhubung prestasi hambar Pahang pada saingan Liga Malaysia tahun lalu.

Namun, menurut laporan Bernama, beliau percaya skuad Pahang akan kembali menyerlah tahun ini selepas beberapa langkah diambil sejak sembilan bulan lepas.

Pada masa sama, Tengku Abdul Rahman meminta peminat Pahang untuk terus menyokong usaha barisan pimpinan dan jurulatih Dollah Salleh dalam mengembalikan skuad Tok Gajah menjadi pasukan yang digeruni dalam bola sepak negara.

“Saya cuba jelaskan dengan ringkas. Dalam kerancakan pertandingan, ramai pemain kita yang diintai (pasukan lain). Mereka pun ada rancangan sendiri dan niat untuk mencari peluang yang lebih mendatangkan hasil. – MalaysiaGazette