KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran akan berlakunya ribut petir di tiga negeri pukul 4 petang ini.
Kata Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Selangor, Putrajaya dan Johor.
Jelasnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Putrajaya, Johor (Pontian dan Kulai) sehingga 4 petang 25 Disember.
“Amaran telah dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. Amaran Ribut Petir dikeluarkan pada pukul 1.15 petang,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Sebelum ini, sekitar pukul 11.30 pagi tadi, Met Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.
Jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk di negeri Terengganu (Kemaman); Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Kluang dan Mersing) dan Sarawak melibatkan Bintulu (Bintulu) sehingga 3.00 petang, Sabtu, 25 Disember. – MalaysiaGazette