NEW YORK – Toys ‘R’ Us Inc akan memfailkan kebankrapan pada beberapa minggu akan datang berikutan tekanan semakin meningkat, menurut laporan Wall Street Journal yang memetik sumber sebagai berkata.
Penasihat syarikat dan penstrukturannya sedang mempertimbangkan untuk memfailkan perlindungan di Mahkamah Kebankrapan Amerika Syarikat di Richmond, Virginia.
Peruncit barangan mainan itu sebelum ini mengatakan sedang bekerjasama dengan bank pelaburan Lazard Ltd untuk membantu mengatasi hutangnya kira-kira AS$5 bilion hutangnya, yang mana kira-kira AS$400 juta perlu dilunaskan pada tahun depan.
Potensi Bab 11 yang difailkan mungkin disebabkan oleh pembekal syarikat yang mengetatkan terma perdagangan, termasuk memulangkan penghantaran kecuali pengecualian permainan yang dibayar tunai semasa penghantaran, menurut lapor akhbar itu.
Bagaimanapun, Toys ‘R’ Us enggan mengulas mengenai laporan tersebut.
Langkah diambil Toys “R” Us itu berlaku ketika semakin banyak pengguna melakukan pembelian daripada peruncit dalam talian seperti Amazon.com Inc dan tidak lagi mengunjungi kedai-kedai.
Terdapat lebih daripada 12 syarikat peruncitan bankrap pada tahun ini, tetapi tidak ada sebesar Toys “R” Us, yang mempunyai lebih daripada 1,600 kedai di seluruh dunia. – MalaysiaGazette