![MGF_08052021_PC KKM_13 (2) new record Covid-19 booster dose daily cases](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/12/MGF_08052021_PC-KKM_13-2-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan sebanyak 2,778 kes dilaporkan hari ini berbanding 3,160 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,741,179 kes.
Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam. – MalaysiaGazette