Home Nasional Pasca banjir fokus bersih, lupus sampah

Pasca banjir fokus bersih, lupus sampah

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bercakap pada media selepas selesai melihat keadaan sekitar Kampung Seri Langkas Tambahan Batu 13 yang terjejas akibat banjir di Puchong, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 26 DISEMMBER 2021.

PUCHONG – Kementerian Wilayah Persekutuan akan menumpukan kepada bantuan pasca banjir menerusi kerja pembersihan dan pelupusan pembuangan sampah secara berkesan dan efektif.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut beliau, bantuan pasca banjir berbentuk barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan pakaian yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber kini lebih daripada mencukupi.

“Kita ada lambakan barangan keperluan untuk diagihkan dan ia mencukupi untuk diberikan kepada mangsa banjir, justeru tumpuan sekarang kena beralih kepada usaha pasca banjir.

“Usaha ini akan dibuat menerusi kaedah penyumberluaran dengan NGO berkaitan dan perbincangan berhubung hal berkenaan sedang giat dijalankan,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Masjid Istiqamah ketika selesai menunaikan solat zohor di Puchong, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 26 DISEMMBER 2021.

Beliau sebelum itu menemani Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid meluangkan masa untuk meninjau keadaan mangsa banjir di Kampung Batu 12, di sini.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat setiap dua hari sekali bagi memperhalusi kemungkinan gelombang kedua banjir.

Jelas beliau, antara aspek yang diberikan perhatian ialah risiko tanah runtuh berikutan cerun curam di sekitar ibu negara.

“Cerun runtuh sekarang direkodkan berlaku di 88 lokasi (di sekitar ibu negara), justeru kita akan terus memantau keadaan semasa,” katanya. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikat tali kasut selepas meninjau keadaan sekitar Kampung Seri Langkas Tambahan Batu 13 yang terjejas akibat banjir di Puchong, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 26 DISEMMBER 2021.

 

+ posts