Home Sukan Ahmad Solehin sah sertai Kelantan FC

Ahmad Solehin sah sertai Kelantan FC

Ahmad Solehin Mamat

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Melaka United (MU), Ahmad Solehin Mamat mengesahkan bakal menyertai pasukan Kelantan FC musim depan.

Beliau dilapor berkata bakal bersama Kelantan selama tiga musim sekaligus bertekad membantu The Red Warriors (TRW) lebih mantap dalam tempoh terbabit.

Malah, sebagai pemain sudah pasti dia mahu melakar kejayaan manis sepanjang kontrak bersama pasukan berkenaan itu.

“Pengalaman bersama pasukan Hang Tuah amat positif kerana berkesempatan bersama rakan penjaga gol terutama Khairul Fahmi Che Mat dan Norazlan Razali yang juga memiliki pengalaman membarisi skuad negara.

“Pengalaman itu amat penting dalam misi saya bersama Kelantan kali ini kerana apa yang diperolehi akan digunakan sebaik mungkin membantu pasukan mara ke Liga Super,” katanya.

Justeru, misi awalnya untuk membawa pasukan berada dalam Liga Super.

Malah dia melihat gandingan muka baharu dan barisan pemain yang dikekalkan oleh pengurusan pasukan itu, meletakkan skuad berkenaan mampu merealisasikan hasrat terbabit.

Bekas penjaga gol Kuala Lumpur yang menyertai Melaka pada musim 2020/2021 itu juga baharu sahaja melangsungkan perkahwinan di Ipoh, kelmarin.

Beliau berkata, majlis persandingan bersama isterinya Raja Nurnina Qamarina Raja Azlan Shah di Batu Berendam, Melaka bakal berlangsung 1 Januari ini. – MalaysiaGazette