Home Nasional PKPD di Felda Jengka 25 bermula esok

PKPD di Felda Jengka 25 bermula esok

Gambar hiasan. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 25, Temerloh, Pahang mulai esok hingga 10 Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Katanya, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. – MalaysiaGazette