Home Nasional 35 kematian baharu Covid-19 semalam

35 kematian baharu Covid-19 semalam

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kepada 31,369.

Daripada jumlah kematian itu, enam kes meninggal dunia di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 11 orang, diikuti Pulau Pinang (5) dan Perak (4).

Johor dan Kuala Lumpur masing-masing tiga, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing dua kes.

Sementera Melaka, Pahang dan Kedah dua kes.

Menurutnya, Putrajaya, Perlis, Sarawak, Terengganu dan Labuan tiada kes kematian baharu. – MalaysiaGazette