MELAKA – Seorang penyelia kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki 29 November lalu.
Tertuduh, Lee Han Wee, 42 yang hadir menggunakan tongkat bantuan berjalan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dalam darah semasa memandu kenderaan bernombor MCC9933 dan telah menyebabkan kematian Abdul Rahim Mohamad, 53.
Kesalahan dilakukan kira-kira jam 12.45 tengah malam 29 November lalu di Jalan Limbongan dalam daerah Melaka Tengah.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020.
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan denda minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000.
Terdahulu, peguam Wan Nurul Nurain Wan M Razali yang mewakili tertuduh merayu mahkamah jaminan yang rendah kerana tertuduh turut cedera kaki kanan dan hadir ke mahkamah dengan bertongkat.
Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Ahmad Sazali Omar danTimbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan memohon hukuman berat kerana menyebabkan kematian dan tiga lagi cedera.
Azureen Sahira kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.
Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 27 Januari depan.
Dalam kejadian pada 29 November lalu, mangsa Abdul Rahim meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi anaknya berusia 11, 13 dan 20 tahun cedera parah termasuk pendarahan di kepala selepas kereta jenis Proton Wira dipandunya dirempuh kereta Nissan Teana dari arah bertentangan.
Kejadian itu mengakibatkan kenderaannya berpusing dan melanggar tiga lagi motosikal.
Nahas tersebut turut tular dalam laman sosial Facebook dan mencetuskan kemarahan netizen selepas pemandu kereta jenis Nissan Teana itu didakwa memandu dalam keadaan mabuk. – MalaysiaGazette
Pemandu mabuk sebabkan kematian mengaku tidak bersalah
MELAKA – Seorang penyelia kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki 29 November lalu.
Tertuduh, Lee Han Wee, 42 yang hadir menggunakan tongkat bantuan berjalan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi
sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dalam darah semasa memandu kenderaan bernombor MCC9933 dan telah menyebabkan kematian Abdul Rahim Mohamad, 53.
Kesalahan dilakukan kira-kira jam 12.45 tengah malam 29 November lalu di Jalan Limbongan dalam daerah Melaka Tengah.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan denda minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000.
Terdahulu, peguam Wan Nurul Nurain Wan M Razali yang mewakili tertuduh merayu mahkamah
jaminan yang rendah kerana tertuduh turut cedera kaki kanan dan hadir ke mahkamah dengan bertongkat.
Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Ahmad Sazali Omar danTimbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan memohon hukuman berat kerana menyebabkan kematian dan tiga lagi cedera.
Azureen Sahira kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin
bersama syarat tambahan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.