KAHERAH – Kebakaran berlaku di kawasan penyimpanan kontena Pelabuhan Latakia di Syria ekoran serangan peluru berpandu Israel, lapor media kerajaan Syria hari ini.
Serangan itu, yang kedua pada bulan Disember, merosakkan bahagian hadapan hospital, beberapa bangunan kediaman dan kedai
“Pencerobohan Israel menyebabkan kerosakan materialistik yang besar dan penilaiannya masih dalam proses”, kata Kementerian Pertahanan Syria dalam satu kenyataan.
Israel telah kerap melancarkan serangan yang disifatkannya sebagai sasaran Iran di Syria, yang mana tentera yang disokong Tehran termasuk Hizbullah telah itempatkan sejak sedekad lalu untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang Syria.
Siaran langsung oleh stesen televisyen Syria menunjukkan api dan asap di kawasan kontena.
Bomba cuba memadamkan kebakaran sementara ambulans juga tiba di tempat kejadian, kata wartawan televisyen kerajaan itu.
Latakia, sebuah pelabuhan Mediterranean adalah pelabuhan komersial utama Syria.
Rusia, yang menjadi sekutu paling kuat Assad semasa perang, mengendalikan pangkalan udara di Hmeimim kira-kira 20km (12 batu) dari Latakia. – Reuters