KUALA LUMPUR – Bertemu semula selepas 31 tahun.
Seramai 105 bekas tentera dari Skot 1032, Kor Armor Angkatan Tentera Malaysia bertemu semula dalam majlis di Muar, Johor baru-baru ini.
Pertemuan siri kedua pasukan itu diadakan di kediaman salah seorang daripada mereka, Adam Atan di Parit Bakar.
Sebelum itu, kali terakhir mereka mengadakan majlis yang sama pada tahun 1990.
Menurut Adam, pertemuan diadakan selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini penularan Covid-19 dan sebagainya.
“Ini pun masih ramai tidak hadir kerana menjadi mangsa banjir di Mentakab dan Temerloh. Ada juga sudah uzur namun kami bersama-sama mendoakan rakan-rakan kami dan akan meneruskan silaturahim dengan mereka,” katanya baru-baru ini.
Selain mengeratkan kembali perhubungan sesama mereka, majlis yang sama turut diadakan dengan sesi karaoke namun tetap dengan pematuhan SOP.
“Dulu jumpa nampak masih muda namun sekarang semua rata-ratanya sudah bercucu,” kata Adam.- MalaysiaGazette