KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 hari ini melonjak melebihi 3,000 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika semalam kes positif kurang daripada angka itu, hari ini sejumlah 3,683 telah direkodkan.
“Pada 29 Disember lalu, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan sebanyak 3,683 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,750,516 kes,” katanya di Twitter hari ini. – MalaysiaGazette